DUA 6022: KOMUNIKASI DAN PENYIARAN DALAM ISLAM
NAMA PENSYARAH: PUAN ROHANI BINTI ABDUL RAZAK
NAMA AHLI KUMPULAN DAN NOMBOR MATRIK:
MOHD TAUFIQ BIN YUSUF 12DEE15F1001
MOHAMAD HAFIZI BIN MAT NASIR 12DEE15F1014
ISI KANDUNGAN
TOPIK
|
SUB TOPIK
|
PENGENALAN
|
|
OBJEKTIF
|
|
SOSIOBUDAYA DI MALAYSIA
|
|
AGAMA DI MALAYSIA
|
*ISLAM
*HINDU
*BUDDHA
|
BATAS DAN ADB PERGAULAN DALAM ISLAM
|
*AURAT LELAKI
*AURAT WANITA
*PAKAIAN LELAKI
* PAKAIAN WANITA
|
JENIS-JENIS PERGAULAN
|
*PERGAULAN ORANG ISLAM DENGAN ORANG BUKAN ISLAM
*PRGAULAN SESAMA MUSLIM
*PERGAULAN DENGAN ORANG TUA DAN KELUARGA
*PERGAULAN DENGAN JIRAN TETANGGA
|
BAHAYA PERGAULAN BEBAS
|
|
PANTANG LARANG YANG TERDAPAT DI DALAM
SETIAP KAUM DI MALAYSIA
|
*MELAYU
*CINA
*INDIA
|
CARA UNTUK MENJAGA CARA PERGAULAN DAN
PANTANG LARANG DARI ASPEK SOSIOBUDAYA
|
|
KESIMPULAN
|
|
RUJUKAN
|
|
LAMPIRAN
|
|
PENGENALAN
Tuhan mencipta manusia lelaki dan perempuan. Tuhan juga mencipta syariat
untuk mereka. Dalam syariat islam, ada sesetengah hukum dan peraturan berbeza
diantara lelaki dan perempuan dan ada yang tidak berbeza. Dalam melaksanakan
tanggungjawab masing-masing kadangkala berlaku pergaulan dia antara lelaki dan
perempuan, lebih-lebih lagi dalam masyarakat kini. Islam juga tidak melarang
umatnya berurusan sesama manusia, lelaki dan perempuan namun perlu diingatkan
bahawa ada garis panduan syarak dalam setiap perkara.
Pantang larang merupakan kepercayaan masyarakat zaman lampau berkaitan
dengan adat dan budaya warisan nenek moyang. Pantang larang adalah sesuatu
perkara yang menyekat kita dari melakukan sesuatu kerana ada keburukan
disebaliknya. Pantang larang selalunya diamalkan oleh orang-orang tua dalam
kalangan masyarakat Melayu, Cina dan India. Kebanyakan pantang larang
diturunkan secara lisan turun temurun. Ini bertujuan untuk mendidik masyarakat
khususnya generasi muda agar dapat membawa kepada penerapan nilai-nilai baik
yang boleh diamalkan dalam kehidupan.
Menurut kamus
dewan, sosiobudaya bermaksud hubungan masyarakat dengan budaya seperti cara
hidup dan adat istiadat dan sebagainya. Oleh yang demikian, kepelbagaian
sosiobudaya boleh didefinisikan sebagai hubungan masyarakat yang mempunyai
perbezaan budaya dalam wilayah yang sama dan hidup bersama. Islam turut
mempunyai takrif tersendiri mengenai sosiobudaya ini. Sosiobudaya menurut islam
ialah amalan yang berupa gaya hidup dan peradaban sesuatu masyarakat yang lahir
dari akidah dan petunjuk Islam, bersangkutan dengan akhlak dan pergaulan
masyarakat itu dalam berbagai bidang penghidupan mereka, bagi meransang
pembangunan masyarakat berkenaan menurut yang diredhai oleh Tuhan.
OBJEKTIF
#Mengekalkan adab dan menjaga batas pergaulan antara lelaki dan perempuan merurut aspek sosio budaya dan agama
#Mewujudkan sebuah kaum yang mementingkan pantang larang yang tersendiri
#Membina sebuah negara yang berbilang kaum yang hidup kekal aman dan makmur berlandaskan setiap pegangan agama
SOSIO BUDAYA DI MALAYSIA
Social budaya adalah amalan yang berupa Gaya hidup dan peradaban bagi sesuatu masyarakat yang lahir dari pegangan dan kecenderungan diri masyarakat berkenaan untuk pembangunan sosial kehidupan masyarakat berkenaan. Di Malaysia, kepelbagaian penduduk telah mewujudkan pelbagai budaya yang menjadi pegangan dan amalan hidup mereka. Kebudayaan kebangsaan di Malaysia adalah berasaskan kebudayaan orang-orang melayu, orang cina, orang India dan kaum yang lain.
Kebudayaan orang melayu mengutamakan nilai-nilai sopan santun, kesederhanaan, keindahan dan keharmonian hidup antara ahli-ahli keluarga, jiran tetangga dan masyarakat. Walaubagaimanapun kebudayaan di Malaysia melalui budaya cina dan India sama seperti budaya yang diamalkan oleh orang melayu. Oleh itu, kebudayaan yang diamalkan oleh penduduk di Malaysia adalah sama dan mereka saling hormat menghormati antara satu sama lain. Ianya dapat menunjukkan nilai-nilai yang positif dalam kalangan penduduk di Malaysia.
Masyarakat sekarang menjadikan kebudayaan di negara ini lebih berwarna-warni apabila semua penduduk yang pelbagai kaum terlibat secara menyeluruh dalam semua aktiviti seperti perayaan, kemerdekaan, kesultanan dan sebagainya. Kepelbagaian aktiviti kebudayaan penduduk ini dapat dilihat secara langsung melalui sambutan perayaan Sama ada perayaan untuk kaum melayu, mahupun India dan cina. Kesemua kaum Akan bergotong royong untuk menyambut perayaan tersebut. Setiap kali musim perayaan, aktiviti kunjung mengunjung ini dapat dilihat di merata tempat.Oleh itu, upacara rumah terbuka turut diadakan bagi memeriahkan suasana hari raya dan seterusnya dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim yang telah lama terjalin.
Walaubagaimanapun, terdapat masalah dalam sosial budaya penduduk terutama mengenai adat resam penduduk yang menjadi amalan mereka. Bagi kaum melayu, adat resam sangat penting untuk diamalkan kerana ianya merupakan salah satu warisan keluarga. Tetapi, penduduk pada hari ini telah melanggar pantang larang tersebut kerana mereka lebih suka mengikut Cara moden dan kebaratan. Perkara pertama dapat dilihat adalah dari aspek sosial kaum wanita sama ada dalam pergaulan mahupun perhubungan. Masyarakat hari ini memandang rendah kepada perhubungan antara lelaki dan wanita kerana mereka beranggapan bahawa ianya menunjukkan tentang kehebatan sendiri.
Kesimpulannya, Sosial budaya merupakan amalan yang sepatutnya perlu ada dalam setiap lapisan masyarakat. Hal ini kerana, pembangunan negara hari ini juga berlaku akibat daripada perubahan sosial budaya penduduk. Oleh itu, sebagai masyarakat yang prihatin, kita hendaklah memandang tinggi kepada peradaban sosial budaya melayu.
AGAMA DI MALAYSIA
1. Islam
- Dianuti oleh orang-orang Melayu dan Majoriti Bumiputera.
- Mengamalkan kepercayaan kepada Allah dan Nabi Muhammad sebagai Rasul.
- Merayakan Hari Raya Puasa, Hari Raya Kurban dan juga Hari Keputraan Nabi Muhammad.
- Berpuasa di bualan Ramadan.
- Tidak memakan khinzir dan anjing.
2. Hindu
- Dianuti oleh majoriti kaum India.
- Mengamalkan kepercayaan kepada dewa-dewi.
- Merayakan Hari Deepavali, Hari Thaipusam dan Pesta Ponggal.
- Mempercayai balasan baik dan buruk selepas kematian.
- Sungai Ganges di India sebagai tempat paling suci untuk membersihkan dosa.
3. Buddha
2. Aurat wanita
Ulama Muslimin berpendapat bahawa aurat bagi wanita ialah keseluruhan badan, selain muka dan kedua-dua tapak tangannya (Maudidi,1995)
3. Pakaian lelaki
Pakaian lelaki hendaklah longgar dan sehingga tidak menampakkan apa-apa yang hendak dilindungi. Selain itu, pakaian lelaki tidak boleh menyerupai pakaian wanita dan pakaian orang-orang kafir. Tujuan berpakaian bukanlah untuk tujuan kebanggaan mencari kemasyhuran, tetapi menurut syariat Islam.
- Dianuti oleh majoriti kaum Cina.
- Mengamalkan ajaran Sidharta Gautama Buddha yang bermula di India.
- Merayakan Hari Tahun Baharu Cina, Hari Wesak dan Pesta Kuih Bulan.
- Mempercayai kehidupan semula selepas kematian.
- Mempercayai nasib dan tuah yang disebut sebagai 'ong' dan juga 'feng shui'.
BATAS DAN ADAB PERGAULAN DALAM ISLAM
1. Aurat lelaki
Jumhur Fuqaha daripada al-Syafi’iyyah, al-Malikiyah dan al-Hanabilah berpendapat bahawa aurat lelaki adalah antara pusat hingga ke lutut. Namun demikian, lelaki adalah wajib menutup anggota yang terdekat dengan pusat dan lutut supaya “aurat” yang wajib itu dapat dijaga dengan sempurna.
2. Aurat wanita
Ulama Muslimin berpendapat bahawa aurat bagi wanita ialah keseluruhan badan, selain muka dan kedua-dua tapak tangannya (Maudidi,1995)
3. Pakaian lelaki
Pakaian lelaki hendaklah longgar dan sehingga tidak menampakkan apa-apa yang hendak dilindungi. Selain itu, pakaian lelaki tidak boleh menyerupai pakaian wanita dan pakaian orang-orang kafir. Tujuan berpakaian bukanlah untuk tujuan kebanggaan mencari kemasyhuran, tetapi menurut syariat Islam.
4. Pakaian wanita
Pakaian wanita mestilah pakaian yang menutup semua anggota badan kecuali bahagian muka dan tapak tangan seperti yang dibenarkan dalam Islam. Pakaian wanita mestilah longgar supaya tidak menampakkan susuk tubuhnya. Pakaian wanita perlu tebal, tidak menampakkan warna kulit dan tidaklah bersifat menarik perhatian dan syahwat kaum lelaki. Pakaian wanita juga tidak boleh menyerupai pakaian lelaki dan tidak menyerupai pakaian orang-orang kafir. Tujuan berpakaian adalah untuk menutup aurat seperti yang disyariatkan dalam Islam.
JENIS-JENIS PERGAULAN
1. Pergaulan orang islam dengan bukan islam
Dalam perkara-perkara umum (sosial) kita tetap menjalin hubungan yang baik dengan non muslim sekalipun. Contoh baik: Nabi berdiri ketika iring-iringan jenazah non muslim melewati beliau. Kita perlu tahu bahwa ada tiga jenis non muslim yaitu kafir harbi, kafir dzimmi, dan kafir mu’aahad. Masing-masing mendapat perlakuan yang berbeda. Dalam masalah aqidah dan ‘ubudiyah, kita tegas terhadap non muslim. Seperti: kita tidak mengucapkan dan menjawab salam kepada mereka, tidak mengikuti ritual ibadah mereka, dan semacamnya.
2. Pergaulan sesama muslim
Sesama muslim adalah bersaudara, seperti tubuh yang satu dan seperti satu bangunan yang kokoh dan saling mendukung antar bagiannya. Pergaulan sesama muslim dibalut dengan ukhuwah islamiyah. Derajat-derajat ukhuwah islamiyah adalah alamatus shadr wal lisan wal yad, yuhibbu liakhihi maa yuhibbu linafsih, dan iitsaar.Ada banyak hak saudara kita atas diri kita, diantaranya sebagaimana dalam hadits Nabi yaitu jika diberi salam hendaknya menjawab, jika ada yang bersin hendaknya kita doakan, jika diundang hendaknya menghadirinya, jika ada yang sakit hendaknya kita jenguk, jika ada yang meninggal hendaknya kita sholatkan dan kita antar ke pemakamannya, dan jika dimintai nasihat hendaknya kita memberikannya. Selain itu, sesama muslim juga tidak saling meng-ghibah, tidak memfitnahnya, tidak menyebarkan aibnya, berusaha membantu dan meringankan bebannya, dan sebagainya.
3. Pergaulan dengan orang tua dan keluarga
Bersikap santun dan lemah lembut kepada ibu dan bapa, terutama jika telah lanjut usianya. Jangan berkata ‘ah’ kepada keduanya. Terhadap keluarga, hendaknya kita senantiasa saling mengingatkan untuk tetap taat kepada ajaran Islam. Sebagaimana Nabi telah melakukannya kepada Ahlu Bait. Dan Allah berfirman: Quu anfusakum wa ahliikum naara.
4. Pergaulan dengan jiran tetangga
Tetangga harus kita hormati. Misalnya dengan tidak menzhalimi, menyakiti dan mengganggunya, dengan membantunya, dengan meminjaminya sesuatu yang dibutuhkan, memberinya bagian jika kita sedang masak-masak.
Sementara peringatan kepada kaum perempuan Allah berfirman
yang bermaksud: Dan katakanlah kepada orang perempuan yang beriman supaya
menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara
kemaluan mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka
kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya
dengan tudung kepala mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan
tubuh mereka, melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua
mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara
lelaki mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak
bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan Islam, atau hamba-hamba
mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak
berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti tentang
aurat perempuan, dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang
akan apa yang tersembunyi daripada perhiasan mereka. Dan bertaubatlah kamu
sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.
(an-Nur: 31).
Jelas, peringatan kepada perempuan beriman supaya tidak
memandang perkara yang diharamkan. Menjaga kemaluan. Tidak menampakkan
perhiasan diri kecuali yang zahir sahaja. Memakai tudung sehingga menutupi
belahan baju di bahagian (dada).Secara umumnya, dijelaskan supaya sentiasa menutup aurat,
memelihara maruah dan menjaga kehormatan diri serta mengelakkan diri daripada
melihat perkara-perkara yang haram.Ini termasuk menyekat pandangan daripada
memandang perkara yang haram dan menunduk pandangan daripada melihat perkara
yang haram.
Umat Islam juga diingatkan menjaga mata, supaya tidak
melihat perbuatan yang diharamkan seperti melihat orang berjudi dan minum arak.Tidak
melihat aurat orang lain walaupun sesama jantina kecuali yang dibenarkan oleh
syarak.
Tidak melihat aurat bukan mahram tanpa sebab yang
diharuskan. Tidak melihat perkara yang boleh menimbulkan keghairahan nafsu
walaupun ia hanya barang perhiasan.Justeru, umat Islam digalakkan menjaga maruah dan kehormatan
diri dengan sentiasa patuh kepada perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya.Tidak
mencari kepuasan naluri melalui seks haram. Sentiasa mengawasi pandangan mata
daripada melihat perkara-perkara yang haram.
PANTANG LARANG YANG TERDAPAT DI DALAM SETIAP KAUM DI MALAYSIA
1. Melayu
- Perkahwinan
Apabila telah ditetapkan hari perkahwinan beemakna bermulalah pantang larang buat bakal mempelai itu. Apa yang ditetapkan harus diikuti utk kebaikan diri mereka. Ia bukanlah menjaid kewajipan tetapi sudah menjadi satu budaya dlm masyarakat melayu. Walaupun bakal pengantin zaman sekarang jarang disebutkan perkara ini kepada mereka, tidak rugi jika apa-apa pantang larang yg difikirkan sesuai masih boleh diikuti.
Pantang larang bermula dengan jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul untuk mengelakkan tohmahan masyarakat. Selain itu ia bertujuan untuk mengawal nafsu. Ia juga untuk menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yang timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri.Psangan tersebut juga tidak dirumah orang takut terkena ilmu. Ia juga untuk menjaga nama baik keluarga.
Selain itu, pasangan dilarang bebas keluar kemana-mana kerana takut dissantau oleh mereka yang mempunyai niat tidak baik. Jangan makan nasi dengan gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelbagai mengelakkan perut buncit. Pengantin juga dilarang bercermin terutama selepas maghrib ke atas bagi mengelakkan diri dari perkara sihir.Pasangan juga dilarang membuang air kecil dan air besar serentak di dalam air contohnya dalam sungai, kerana ia boleh melemahkan organ seks.
Pasangan perlu elakkan diri daripada terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan tidak berseri pada hari perkahwinan. Mereka juga elakkan keluar rumah tanpa rujuan kerana angan-angan yang tinggi menjelang perkahwinan dikhuatiri bakal pengantin mengalami kemalangan jika berada diluar.
Orang-orang tua melayu dahulu selalu mengingatkan anak cucunya supaya tidak melanggar pantang larang .Pantang larang perlu dipatuhi untuk mengelakkan berlaku sesuatu kejadian yang tidak baik.
- Kematian
Pertama,kita tidak boleh bercakap kuat walaupun berzikir
atau membaca al quran ketika menghantar jenazah ke tanah perkuburan kerana kita
digalakkan untuk memikirkan apa yang terjadi pada si mati.
Kedua ialah kubur
tidak boleh ditembok dan ditulisi di atasnya.Kita tidak boleh memagar kawasan
kuburan dengan pagar besi yang terlalu mahal seperti emas ataupun menulis di
atas kuburan dengan dakwat emas.Akhir sekali ialah tidak boleh duduk di atas
kuburan dan tidak boleh memakai alas kaki(selipar atau kasut) ketika berjalan
di sela-sela kubur kecuali rumput di kawasan tersebut mempunyai duri.
- Sewaktu mengandung
Masyarakat melayu terkenal dengan pelbagai pantang larangnya. Begitu juga untuk mereka yang mengandung. Antara pantang larangnya ialah mereka yang mengandung di larang untuk mencaci atau mengumpat. Dilarang untuk memaku atau memahat dan menggali lubang serta memukul binatang. Mereka juga dilarang untuk keluar rumah pada waktu petang atau senja serta dilarang untuk duduk di anak tangga dan juga di larang melihat gerhana bulan ataupun matahari.Terdapat juga pantang larang untuk suami ibu yang mengandung. Antaranya ialah suami di larang meniup sebarang bunyi bunyian, menyembelih, memburu dan memukul binatang. Semua pantang larang ini adalah untuk keselamatan anak yang di kandung.
2. CINA
2. CINA
- Perkahwinan
Pada asasnya adat resam perkahwinan masyarakat Cina merangkumi peringkat sebelum berkahwin iaitu merisik, meminang, bertunang dan majlis perkahwinan. Antara pantang larang sebelum perkahwinan pula, sebelum tiba hari perkahwinan, sekiranya terdapat kematian dalam kalangan ahli keluarga bakal pengantin, perkahwinan itu mesti ditangguhkan pada tahun hadapan ataupun selama seratus hari. Adalah tidak sesuai mengadakan perkahwinan sewaktu orang lain sedang berkabung kesedihan.
Adat dan pantang larang semasa hari perkahwinan ialah baju pengantin sebaik-baiknya berwarna putih, merah atau kuning dan dilarang memakai baju hitam, biru dan kelabu kerana dipercayai warna-warna tersebut melambangkan kematian dan kesedihan. Selain itu, wanita yang mengandung dan orang yang baru kematian saudara-mara tidak boleh terlibat dengan majlis perkahwinan atau menyentuh pakaian pasangan pengantin dan sebagainya di rumah baru pasangan tersebut untuk mengelakkan sebarang perkara buruk daripada berlaku.
Manakala adat dan pantang larang selepas berkahwin pula untuk menggambarkan pengantin berkenaan diasuh dengan baik dan layak untuk menjadi isteri kepada pengantin lelaki, sehari selepas hari perkahwinan, pengantin perempuan perlu bangun lebih awal dan menyediakan makanan untuk keluarga pengantin lelaki. Isteri tidak dibenarkan untuk pulang ke rumahnya sendiri dan harus menetap di rumah suaminya bersama keluarga suaminya. Tiga hari selepas hari perkahwinan, pengantin perempuan akan pulang melawat keluarganya bersama-sama suami.
Kesimpulannya, masyarakat Cina juga mempunyai adat dan pantang larang ketika perkahwinan yang banyak dan diamalkan semenjak zaman dahulu lagi. Mereka mempunyai adat dan pantang larang sebelum, semasa dan selepas perkahwinan. Mereka juga mengatakan terlalu banyak adat perkahwinan kaum Cina jika betul-betul untuk diikuti.
- Perayaan
Pada hari raya pelbagai makanan yang disediakan dan dihidangkan kepada tetamu yang akan datang. Selain itu, saudara mara akan datang ke rumah untuk meraikan hari perayaan Tahun Baru Cina. Pada hari perayaan, orang yang lebih tua akan memberi duit raya kepada orang yang lebih muda. Duit ini dipanggil angpau. Pemberian angpau adalah untuk melambangkan kegembiraan, selain merupakan semacam restu untuk kehidupan makmur serta untung nasib yang baik sepanjang tahun.
Menurut Abum Anas (2013), pada tahun baru juga terdapat buah yang sinonim dengan orang Cina iaitu limau. Juga menjadi amalan baik untuk membawa dua atau empat biji limau mandarin untuk diberikan kepada tuan rumah oleh tetamu semasa menziarahi pada perayaan tahun baru. Pemberian limau itu diibaratkan sebagai pemberian emas. Hal ini kerana dalam bahasa sukuan Cina kantonis, nama atau sebutan untuk limau menyerupai nama atau sebutan untuk emas. Di samping itu, semasa perayaan kaum Cina mereka digalakkan memakai baju yang terang seperti merah kerana warna merah dikatakan membawa tuah kepada mereka.
Pantang larang semasa perayaan ialah mereka dilarang menyapu sampah semasa hari raya. Menurut responden seterusnya iaitu Encik Goh, semasa hari raya, mereka juga dilarang mencuci rambut. Hal ini berkaitan dengan ‘tuah’ mereka pada tahun itu. Sebagai contoh, jika mereka menyapu sampah, tuah tidak akan datang pada tahun tersebut. Sewaktu perayaan mereka tidak boleh bercakap perkara yang buruk. Semua responden memberi jawapan yang sama tentang pantang larang dan adat semasa perayaan. Generasi tua dan muda masih mengamalkan amalan-amalan ini sewaktu perayaan.
- KEMATIAN
Selepas majlis pengebumian, ketika meninggalkan rumah si mati, pelawat biasanya diberikan seutas benang merah atau gula-gula berikat benang merah sebagai tanda terima kasih. Warna merah itu warna yang membawa nasib baik dan menghalang hantu syaitan yang cuba membuat kacau. Menurut Abum Anas (2013), sumbangan wang dalam sampul putih biasanya disampaikan kepada keluarga si mati oleh mereka yang datang menziarahi. Jumlahnya pula perlu berupa wang dalam bentuk angka yang ganjil. Selain itu, pakaian kaum Cina sewaktu pengebumian ialah berwarna putih, hitam atau kelabu. Warna lain tidak digalakkan apatah lagi warna merah yang dikatakan mempersenda si mati dan keluarganya. Baju yang berbunga juga dilarang dipakai semasa kematian.
Soalan ini juga ditujukan kepada responden yang muda iaitu adakah mereka masih mengamalkan adat memberi benang ini. Ketiga-tiga responden muda menjawab mereka kurang pasti tentang adat memberi benang ini. Berdasarkan pemerhatian ini, konklusinya generasi muda zaman sekarang sudah kurang mengamalkan adat memberi benang ini. Manakala pakaian berwarna putih, kelabu atau hitam masih diteruskan jika berlaku kematian.
3. India
- Perkahwinan
Pantang larang bermula dengan kunjungan tetamu ke rumah buat
kali pertama dimana tuan rumah, tidak membenarkan tetamu melakukan kerja
seperti membasuh pinggan. Ini kerana dipercayai akan membawa sial dan mungkin
boleh berlaku perselisihan faham diantara keluarga tuan rumah dan tetamu
tersebut.
Selain itu, pantang larang merisik adalah dimana bakal pasangan
akan saling membalas kunjungan ketika merisik. Tetapi ketika rombongan
tersebut, bakal pengantin perempuan dilarang ikut serta kerana tidak ada
perikatan suami isteri dan juga dianggap sebagai tidak sopan. Tambahan pula,
selepas telah habis majlis pertunangan, pengantin perempuan dan pengantin
lelaki dilarang keluar pada waktu malam kerana takut terkena panahan mata orang
lain atau berlaku kemalangan yang tidak sepatutnya.
Kad jemputan perkahwinan adalah yang paling utama. Sebelum
perkahwinan, kad jemputan perkahwinan perlu disediakan dan dibuat berdasarkan
almanac hindu tanpa kesillapan. Sebab itu, kad jemputan perkahwinan ini
dititikberatkan oleh golongan India dan jika berlaku satu kesilapan maka
perkahwinan tersebut tidak dapat dijalankan dengan lancAr.
Selain itu, sebelum perkahwinan pengantin perempuan dan
lelaki diminta untuk makan makanan sayur – sayuran. Bukan hanya pengantin
lelaki dan perempuan malah keluarga mereka tersebut, tetapi itu bukan satu
kemestian bagi keluarga tersebut. Tambahan pula, jika majlis perkahwinan
berlaku di kuil maka sayur- sayuran sahaja dihidangkan bagi para tetamu.
Makanan lain tidak boleh dihidangkan terutamanya, daging lembu kerana dianggap
sebagai Tuhan dan agama India melarang makan daging lembu.
Apabila pasangan
mendirikan rumah tangga, generasi tua kaum India selalunya akan merestui mereka
supaya hidup beranak-pinak seperti pohon pisang. Perbandingan seumpama ini
digunakan kerana pohon pisang memang subur dan mampu “melahirkan zuriat” secara
produktif dan berterusan.Pada majlis perkahwinan kaum India beraga Hindu,
lazimnya sepasang pohon pisang subur ditempatkan di pintu masuk ke tempat
upacara dan amalan ini adalah suatu kemestian. Pohon pisang yang dipilih pula
mestilah yang sedang berbuah dan masih ada jantung pisang.Jantung, buah, daun
dan batang pohon pisang ada cerita tersendiri.
- Perayaan
Pada petang sebelum perayaan, semua ahli keluarga akan
berkumpul untuk makan malam bersama dengan pelbagai jenis makanan hidangan
tradisi kaum India. Pada waktu malam pula diadakan upacara mesti memasang
pelita oleh seluruh ahli keluarga. Pelita yang dipasang dipercayai bahawa
kecerahan dapat mengatasi segala kejahatan. Terdapat juga upacara menyusun
beras atau hampas kepala yang telah diwarnakan dengan pelbagai warna di hadapan
pintu. Upacara ini membawa maksud yang mendalam kepada semua penganut Hindu termasuk
makluk kecil di dunia ini, misalnya semut sebagai tanda ucap selamat datang
kepada para tetamu.
Pada pagi perayaan, seluruh ahli keluarga perlu bangun pagi
sebelum matahari terbit untuk mandi dan membersihkan diri. Mereka perlu mandi
dengan minyak bijan yang akan disapukan ke atas kepala setiap ahli keluarga
oleh mereka yang lebih tua seperti ibu atau nenek. Mengikut kepercayaan kaum
India, mandi minyak bijan diibarat mandi di Sungai Ganges untuk tujuan
membersihkan diri dari segala kejahatan dan sifat dengki.
Selepas mandi, pakaian yang dipakai mestilah warna yang
garang seperti merah, biru dan oren. Mereka dilarang berpakai pakaian yang berwarna hitam atau putih yang
lebih bermaksud kesedihan. Selepas itu barulah bersalam dan memohon maaf dengan
kedua ibu bapa dan ahli keluarga yang lain. Upacara sembahyang dijalankan di
kuil bagi mendapatkan kesejahteraan diri dan keluarga serta memperingati ahli
keluarga yang telah meninggal dunia.
- Kematian
Sekiranya seseorang itu telah meninggal dunia, mayat akan
diletakkan di ruang tamu. Kepala mayat dihadapkan ke arah selatan dan sebuah
lampu minyak atau kaamaatci amman vilakku dipasang dinyalakan. Kemudian sebiji
kelapa terbelah dua dan sirih pinang diletakkan berhampiran si mati. Kemenyan
dan kapur barus diasap sebagai simbol ketenangan jiwa si mati. Serbuk suci atau
tiruniiru disapu pada dahi si mati sebelum disembahyang. Sepanjang mayat berada
di dalam rumah, si mati perlu dijaga dengan sebaiknya. Kaki dan tangan mayat
perlu diluruskan, ibu jari tangan dan kaki diikat dengan kain putih dan
diletakkan ke dada.
Mata dan mulut mayat juga perlu ditutup rapat. Setelah itu
barulah si mati dibalut dengan menggunakan kain. kunyit disapu pada mata untuk
membunuh kuman dan seterusnya duit syiling diletakkan di atas dahi. Sirih
pinang ditumbuk dan dimasukkan ke dalam mulut dan lubang hidung akan
disumbatkan dengan kapas. Air mawar direnjis dan mayat turut diasapkan dengan
kemenyan yang dibakar supaya tidak berbau. Untuk menunjukkan kesedihan,
gambar-gambar yang tergantung diterbalikkan dan barang-barang perhiasan dibawa
keluar dari ruang tamu. Lagu-lagu suci seperti teevaaram, tiruvaasakam dan
seumpamanya dinyanyikan serta diimainkan sehingga ke tanah perkuburan.
Tujuannya agar roh si mati sentisa tenang dan aman.
Mayat akan dimandikan terlebih dahulu dan dibaringkan di
atas katil di ruang tamu atau halaman rumah. Kaum lelaki yang mempunyai
hubungan kekeluargaan dengan si mati sahaja boleh membawa air dalam jumlah yang
ganjil. Air tersebut diperolehi dari sungai, perigi atau sumber-sumber air yang
lain, kecuali air paip. Buyung yang berisi air akan ditutup dengan menggunakan
kain dhoti untuk mengelakkan habuk memasuki air tersebut. Kaum wanita pula akan
menyambut air tersebut yang digunakan untuk memandikan mayat. Sebelum
dimandikan, minyak dan araippu digunakan untuk disapukan pada kepala sebagai
mandian terakhir. Sapuan minyak ini dilakukan oleh ahli keluarga dan diikuti
oleh saudara mara terdekat. Belakang tapak tangan digunakan untuk menyapu
minyak ini dan bukannya menggunakan tapak tangan sebagaimana lazimnya. Mayat
seterusnya dimandikan oleh orang yang telah berumur. Selepas dimandikan, si
mati akan dipakaikan dengan pakaian baru iaitu sari bagi mayat perempuan dan
dhoti bagi mayat lelaki. Mayat yang sudah dibersihkan itu akan diletakkan di
ruang tamu sebagai langkah menghormati tetamu.
1. Mengamalkan sikap perpaduan dalam perhubungan
- Perpaduan merupakan isu yang boleh dilihat dari pelbagai dimensi. Peranannya merangkumi sistem nilai, psikologi, perasaan, sikap, pemikiran dan tingkah-laku setiap individu. Faktor agama pula bertindak sebagai pencorak dalam mengaplikasikan unsur-unsur tersebut dalam kehidupan masyarakat
2. Mengamalkan toleransi dalam pergaulan.
- Toleransi merupakan amalan dan persiapan masyarakat Malaysia untuk bersedia hidup bersama dalam keadaan aman damai. Toleransi dalam konteks bangsa dan agama bererti setiap ahli masyarakat berhak untuk menjalankan aktiviti kehidupan seharian, dan melaksanakan ajaran agama masing-masing serta mengamalkannya tanpa halangan. Semua penganut agama di sisi undang-undang Negara adalah sama.
3. Menyemai pergaualan
dengan persefahaman dan sifat hormat-menghormati
- Masyarakat majmuk di Malaysia mempunyai pelbagai adat dan budaya yang tersendiri. Kepelbagaian adat dan budaya ini menjadikan Malaysia menjadi Negara yang istimewa sama ada dari aspek berpakaian, makanan, pantang –larang dan cara hidup serta amalan keagamaan. Oleh itu, bagi memastikan kepelbagaian ini dapat dilangsungkan dengan murni dan bebas, setiap kaum dan bangsa perlu kepada saling memahami keperluan masing-masing.Persefahaman dalam masyarakat Malaysia yang terdiri dari berbilang bangsa dan agama ini adalah penting untuk mengekalkan dan meningkatkan perpaduan kaum. Sensitiviti setiap agama dan bangsa perlu didedahkan agar masing-masing faham-memahami tuntutan agama masing-masing dan pantang larang adat kaum masing-masing. Pendedahan ini boleh dilakukan melalui sistem pendidikan, media dan berdialog mengikut batas-batas yang tertentu.
KESIMPULAN
Pergaulan merupakan interaksi antara manusia. Setelah
melaksanakan kertas kerja ini kami mendapati pergaulan memainkan peranan penting
dalam kehidupan seharian. Namun, setiap perkara di dunia datang dengan dua
aspek, positif dan negatif. Oleh itu, dalam bergaul, kami percaya kita sebagai
manusia perlu bersandarkan syariat Allah dan hadis Rasulullah.
Hal ini supaya,
implikasi negatif hasil daripada pergaulan yang tidak berlandaskan syariat
iaitu pergaulan bebas dapat dihindarkan
secara efisien. Tambahan lagi, melalui kertas kerja ini, kami dapat mengetahui
inisiatif yang boleh dilakukan bagi membendung gejala pergaulan bebas
menyeluruh kepada semua pihak seperti individu itu sendiri, ibu bapa,
masyarakat, dan juga negara. Setiap pihak perlu memainkan peranan masing-masing supaya hal ini dapat
dibanteras secara efisien. Selain itu, kami dapat mempelajari, adab-adab yang
perlu di patuhi agar kita sebagai manusia tidak melanggar batas yang telah
ditetapkan Allah dan yang disampaikan oleh Rasulullah.
Peribahasa yang
bersesuaian dengan tajuk kertas kerja yang kami lakukan ini adalah "Mencegah itu lebih baik daripada merawat". Sebelum sesuatu
yang buruk berlaku, adalah sebaiknya kita cuba sehabis baik untuk mencegahnya. Walau
bagaimanapun, manusia hanya merancang, hanya Allah yang menentukan.
RUJUKAN
- http://pak-diyon.blogspot.my/2011/10/etika-pergaulan.html
- http://grp33.blogspot.my
- http://adabpergaulan.blogspot.my/p/adab-pergaulan-lelaki-dan-perempuan.html
- http://www.addeen.my/index.php/pelajar/remaja/item/208-memahami-batas-pergaulan
- utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0207&sec=Bicara_Agama&pg=ba_03.htm
- Buku pantang larang kitani
LAMPIRAN
3
Kaum di Malaysia |
Perkahwinan kaum Cina |
Perayaan kaum India |
Peratusan kaum di Malaysia |
Petikan akhbar tentang gejala sosial |
No comments:
Post a Comment